Kelas Stem – Quiver Vision : Kitaran Hidup Rama-Rama

7 November 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 06 November 2023, pihak pengurusan Pusat Ekonomi Digital Kampung Semangar Dalam telah mengadakan Kelas Quiver selama 2 jam. Kelas ini dijalankan bermula pada jam 2.00 petang hingga 4.00 petang. Seramai 10 orang pelajar telah menyertai kelas ini.

Tujuan kelas ini dijalankan adalah untuk memberi pembelajaran dalam 3D animasi melalui aplikasi Quiver. Staf Pusat Ekonomi Digital telah membuat percetakan lukisan daripada website Quiver dan memberi arahan kepada pelajar bagaimana cara menghasilkan 3D melalui lukisan tersebut selepas diwarnakan.

Untuk menghasilkan 3D staf Pusat Ekonomi Digital telah mengimbas QR Code lukisan tersebut dan terhasilnya 3D daripada lukisan tersebut. Diharapkan kelas seperti ini dapat memberi pengalaman baru kepada pelajar mengenai aplikasi 3D dalam masa sama mengcungkil bakat pelajar dalam seni lukisan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali